Episod 24 – Negara-Negara Yang Di Lawati

Apabila saya terlepas peluang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas SPM (Tingkatan 5), diri ini merasa begitu kecewa kerana terlepas satu-satunya peluang seumur hidup.

Tetapi tekaan saya salah….rupa-rupanya perjalanan hidup ini tidak pernah saya impikan. Bukan hanya sebuah negara sahaja yang saya dapat lawati tetapi banyak lagi peluang yang dapat saya kecapi apabila bermula bertugas di UTM, Celcom, MIMOS, REDtone IoT dan juga FAVORIOT.

Ia bermula dengan melanjutkan pelajaran ke UK dan kemudian ke USA membentangkan kertas kerja dan akhirnya ke Saudi Arabia mengerjakan Haji dan Umrah serta lain-lain negara untuk menghadiri mesyuarat dan tugas-tugas lain.

Negara-negara yang pernah saya lawati ialah seperti di bawah:

  1. Algeria
  2. Australia
  3. Brazil
  4. China
  5. England
  6. France
  7. Filipina
  8. Germany
  9. Hong Kong
  10. India
  11. Indonesia
  12. Jepun
  13. Jordan
  14. Kuwait
  15. Korea
  16. Maldives
  17. Monaco
  18. New Zealand
  19. Russia
  20. Saudi Arabia
  21. Scotland
  22. Singapura
  23. South Africa
  24. Spain
  25. Taiwan
  26. Thailand
  27. Turkey
  28. United States
  29. Vietnam

Alhamdulillah, siapa sangka – kekecewaan pada tahun 1978 menjadi permulaan kepada rezeki untuk melawati lebih 20 buah negara seluruh dunia.

Oleh itu, jangan kita sangka rezeki hanya berhenti di situ. Yang penting adalah teruskan cita-cita dengan usaha yang berterusan. Berdoa lah kepada Allah untuk sentiasa membuka pintu rezeki kita.

Insyallah pada 30 Januari 2022 nanti, saya akan ke Riyadh, Saudi Arabia kerana mendapat jemputan dari Persidangan LEAP 2022.

Leave a comment