Walaupun sudah menyediakan kesemua maklumat yang diperlukan untuk perjalanan ke Saudi pada 30 Jan 2022.
- Ujian RT-PCR – 48 Jam sebelum berangkat
- Muqeem – Diisi sebelum sampai Saudi
- Visa (guna eVisa)
- Apply Home Quarantine (10-4 hari sebelum balik)
- Apply Digital Tracking jika balik dari negara2 yg dikenalpasti berisiko
- Download Tawakkalna tapi kena activate selepas sampai
Flight dijangka bertolak pukul 1.30 pagi Ahad (30 Jan) tetapi boleh check-in seawal 29 Jan 2022 pulul 9.30 malam.
Sampai Airport dalam pukul 9.40 malam.
Beratur untuk check-in tetapi ada satu perkara yg dia minta tapi tak ada! Yakni Covid-19 insurance!
Terpinga2 bagaimana nak selesaikan ini sebab tak terfikir langsung tapi mereka masih hendak insurans ini. Alamak! Adakah terpaksa batalkan perjalanan ini selepas beberapa lama membuat persiapan?
Lagipun semua perjalanan dan penginapan di taja oleh penganjur Persidangan LEAP 2022. Apa nak kata pada mereka jika tak dapat hadir?
Akhirnya terfikit bahawa Insurans Prudential memang ada cover Covid-19 tapi tak pasti.
Cuba call agen tapi tak dapat. Mesej nya tapi tak berjawab. Alhamdulillah anak suruh Login ke PRU Access.
Cuba katakan padanya yg Prudential memang cover. Terpaksa tunjukkan maklumat selepas login ke PRU Access.
Alhamdulillah dia terima maklumat tersebut dan Boarding Pass telah diberi!
Hampir pukul 12.00 malam baru masuk ke dalam untuk Boarding.

12.35 malam mereka panggil untuk masuk kapalterbang. Mengikut giliran Zon. Dari tempat duduk belakang hingga ke depan. Seperti biasa Kelas Pertama dan Bisnes dapat masuk dulu.

Sebelum giliran dipanggil (Zon F), ternampak beg tangan seseorang tertinggal kat kerusi. Jumpa pramugara dan katakan padanya ada penumpang tertinggal beg.
Dapat tempat duduk 19D tanpa (aisle) sebab telah di tempah melalui online lebih awal.
Sekarang ini dalam kapalterbang semasa menulis blog. Tiada orang lain lagi duduk disebelah.

4 Comments