Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Riyadh memerlukan transit ke Dubai. Lebih dari 7 jam nak sampai. Waktu ketibaan di Dubai International Airport Terminal 3 pukul 4.15 pagi. Lebih cepat dari waktu asal 4.45 pagi.

Movie dalam Emirates banyak tapi hanya sempat tengok satu cerita saja yakni “Till Death”. maklumlah waktu tengah malam. Selepas penerbangan dapat makan roti dan sebelum sampai Dubai minum pagi makan Omelettes.
Jauh juga nak sampai ke Gate B8. Dalam perjalanan ke sana ada survey dimana Surau nya. Waktu Suboh masuk kul 5.43 pagi.

Ada WiFi percuma tetapi setiap kali nak buat WhatsApp call atau video call, ia akan terputus. Saya rasa mereka block utk sesiapa buat voice atau video call.
Lepas Suboh, pergi check-in. Sekiranya kita ada maklumat lengkap seperti Ujian RT-PCR, Visa dan Muqeem, maka cepatlah masuk ke tempat menunggu.

4 Comments