Penerbangan sampai dalam pukul 8.15 pagi tetapi oleh kerana duduk paling belakang dalam kapalterbang maka terpaksa beratur di belakang sekali di kaunter Imigresen.

Semasa beratur, maka teringin nak aktifkan aplikasi mobil Tawakkalna sebab mereka kata kena aktif bila dah jejak Saudi.
Yang memeranjatkan ialah aplikasi itu mengatakan saya perlu berada di Saudi untuk aktifkan! Hah! Apa dah jadi sebab kita pun dah sampai Saudi. Maka kelam kabut, cuba delete aplikasi tu dan download semula.
Yang lecehnya ialah baru aje aktifkan roaming Celcom untuk 7 hari dan terpaksa download sekali aplikasi ini. Habis lah data! Tapi yang masaalahnya ialah punya lah lambat kelajuan download nya.
Dah hampir kat kaunter Imigresen baru habis download dan cuba lagi tapi dapat mesej error yang sama – Saya perlu berada di Saudi.
Selepas keluar dari Imigresen, beg dah lama kat tempat pengambilan. Selepas keluar, disambut oleh hos dari Saudi. Dia tanya samada boleh aktifkan Tawakkalna. Kali ini baru saya perasan bahawa aplikasi itu meminta “location” kena enable selalu.
Rupa2 nya GPS aplikasi tu belum dapat lokaai sebenar. Selepas tu baru lah mudah untuk mendaftar dan aktifkan Tawakkalna. Hos kata kepada saya bahawa saya adalah orang yang paling cepat dapat aktifkan aplikasi itu!

Kami menaiki kereta ke Hilton Riyadh. Tak jauh dari Airport. Lebih kurang 15 minit. Trafik pagi tak seteruk waktu balik kerja.
Selepas diberi kunci, maka berehat lah sementara. Buat panggilan ke Malaysia. WhatsApp Call dan Video call tak boleh lepas, tetapi Facetime okay.

Berehat sebentar sebelum selepas Maghrib baru pergi jalan ke Granada Mall yang bersebelahan Hotel. Dekat saja dalam lebih kurang 5 minit berjalan.
Hampir satu pusingan mencari tempat makan dan akhirnya terjumpa Food Court nya di Tingkat 1 yang berada ditengah2 Mall.

“Ter”beli Shawarma bersaiz besar yang sememangnya untuk dua orang yang beharga 31 Riyal bersamaan Air. Tak dapat habiskan tapi memang amat kenyang.
Untuk hari esok nya (31 Jan 2022, Isnin) dapat minum pagi di Restoran Hotel. Oleh kerana hari ini belum lagi bermula dengan event LEAP 2022, maka berkesempatan dapat berjumpa dengan Hj. Mu’min (teman yang bersama-sama menunaikan Haji pada tahun 2000). Beliau sudah tinggal di Riyadh selama 7 tahun menemani isteri yang bekerja sebagai Pensyarah di Princess Noura University (PNU).

Berjumpa dengan beliau selepas Dzohor dan beliau belanja makan nasi beriani di Food Court yang sama. Selepas makan, kami berjalan balik ke PNU dan singgah dirumahnya. Dapatlah melihat keindahan PNU yang ada monorail dan khas untuk wanita saja.

Alhamdulillah beliau dengan baik hati memberi 2 botol air Zam-Zam. Dibungkus dengan baik dan semoga air ini tak pecah atau bocor dalam perjalanan.
Selepas balik, ada satu lagi perjumpaan dengan beberapa kenalan Malaysia – Basri, Federa (Zain), Syed (STC) dan Shukri (STC). Kami minum-minum di Granada Mall juga.

4 Comments