Persidangan dan Expo LEAP 2022 adalah yang terbesar dalam sejarah Arab Saudi. Dengan itu Raja Mohammed Bin Salman memerintah supaya diteruskan pada tahun 2023 sebagai acara tahunan.

Acara ini dihadiri oleh lebih 100,000 pengunjung. Seramai 500 speakers telah dijemput. Tidak kurang dari 5 sessi yang dijalankan serentak dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Ada lebih kurang 5 Dewan yang besar untuk pameran dari banyak syarikat-syarikat yang besar. Seperti di Malaysia, disini ia diterajui oleh telco seperti STC, Zain dan Mobily. Syarikat seperti Microsoft, Dell, Cisco dan syarikat antarabangsa yang lain pun mempamerkan teknologi dan produk mereka.

Syarikat teknologi tempatan pun banyak termasuk daripada Startup Saudi. Yang menarik nya mereka ada Startup pitching dan hadiah pertama bernilai $1,000,000 ! Ramai juga founder mereka dari golongan wanita.
Saya telah di beri slot yang dipanggil “Orbital 2” yang berfokus kepada Smart Cities. Banyak topik Smart Cities dibentangkan disiniYang menarik sessi ini ia diadakan dalam Dewan (Khemah) yang sama dengan pameran-pameran lain. Mungkin salah satu sebab ialah supaya senang pengunjung datang menjengah masuk. Lagipun pameran lain tidak ada latar belakang muzik yang bising.










Tajuk pembentangan saya ialah “Driving the Digital Transformation and IR 4.0 Agenda in Malaysia” pada hari kedua LEAP yakni 2 Feb. (sepatutnya 25 minit) 2022 pukul 1.30 tgh hari. Masa yang diberikan ialah 20 minit sahaja sebab ada pembentang lain telah mengambil masa yang lebih.
Ramai yang berminat melihat slaid saya sebab kelihatan banyak kamera dikeluarkan untuk mengambil gambar slaid-slaid tersebut.
Diantara topik Smrt Cities yang menarik ialah mengenai perancangan Smart City Neom. Ia mempunyai visi yang jauh dan cuba menerapkan teknologi-teknologi yang terbaru.
Orang Saudi suka kalau kita dapat memberi cadangan atau produk yang dikatakan “the first”. Sebab mereka hendak menjadikan bandar Neom lebih baik dari Dubai.
Digital Saudi 2030 adalah Visi Saudi untuk menaikkan taraf negara mereka menjadi suatu negara berteknologi tinggi. Banyak duit dicurahkan semenjak 2-3 tahun yang lepas dan ini akan berterusam sehingga ke tahun 2030.
Kalau dahulu saya lihat negara Arab seperti Kuwait memang tak berminat dengan Startup tetapi kali ini Saudi amat berbeza. Mereka juga ingin menjadi sebuah “Producer Nation”. Banyak usaha untuk cuba menarik minat lebih ramai golongan muda untuk membangunkan Startup.

Mereka sanggup berbelanja besar sebab saya mendapati ramai Speaker yang dibawa dan ditaja oleh hos LEAP 2022. Ramai diantaranya dari Eropah (selain speaker dari Arab Saudi sendiri). Kami semua duduk di Hilton Riyadh yang sama. Setiap hari ada saja bas atau kereta yang mengambil kami dari Hotel ke Expo dan balik ke Hotel.
Hari Jumaat (4 Feb) adalah hari terakhir saya berada disini. Sebelum balik, saya terpaksa membuat PCR sekali lagi yakni sekurang2 nya 24-48 jam sebelum bertolak. Pihak penganjur sudah siap menyediakan khidmat ujian PCT ini. Alhamdulillah di uji negatif bermakna boleh pulang ke Malaysia. Mereka hanya bagi keputusan melalui WhatsApp.

3 Comments